10 July 2011

Sama2lah kita beringat

Terdetik hati untuk buat entry pasal sesuatu yang kita sebagai umat Islam perlu peka.
Pasal apa ye?
Hah..pasal isu label atau jenama 'Carlsberg' yang ada pada baju atau t-shirt atau yang berkenaan dengannya. Aku rasa benda ni dah ramai orang sebut. Dah ramai orang cakap. Tapi ada lagi yang buat2 tak dengar. Mungkin ada yang pernah dengar, lihat, jeling tentang sepotong hadis yang bermaksud:

"Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Mungkin ada segelintir yang berkata ''Ala ape ade hal. Label je kot. Bukannye arak betul." Ini lah yang silapnya. Tau tak apa tujuan label arak tu ada kat baju? Takkan  tak tau lagi kot. Tentulah tujuannya nak mempromosi arak tersebut. Jadi sesiapa yang pakai baju yang ada label 'Carlsberg' contohnya, secara x langsung dia dah mempromosi arak tersebut. Sepatutnya kita sebagai umat Islam patut sedar dan malu atas perbuatan tersebut. 

Baru2 ni aku ada terbaca dan terlihat kat tabloid kat page belakang (bahagian sukan la kan.ape lagi). Satu kumpulan bola sepak ke futsal kalau tak silap. Dengan bangganya mereka tangkap gambar (masuk paper takkan x bangga kot). Tapi yang x berapa sedap nak tengok, jersey dorang ade label 'Carlsberg'. Aku yakin sebahagian player dia orang Melayu, Islam. Tulisan 'Carlsberg' tu memang jelas sebab besar kot. Aku tak taulah macam mana nak sedarkan umat Islam pasal benda yang dorang anggap remeh tapi sebenarnya boleh menyebabkan kita leka. 

Isu label 'Carlsberg' kat baju ni boleh juga dikaitkan dengan lambang salib yang ada kat baju. Setelah aku lihat (walaupun x teliti sangat), label atau jenama arak dan lambang salib ni banyak ada kat jersey. Antara sedar ataupun tidak, benda tu memang wujud. So kepada peminat2 bola sepak semua, kalau nak beli jersey tu, beringatlah. Tengok dulu ada apa2 yg mencurigakan tak. Kalau boleh elakkan beli jersey yang ada label/jenama arak dan ada lambang salib. Bukan suruh tak minat bola langsung (aku fan Chelsea), tapi fikir dan teliti dulu sebelum beli.



Sekian sahaja entry kali ini. Diharap kalau ada yang terbaca entry ni, beringatlah.

p/s: Jangan pulak cakap "mentang2 ko jadi ustazah skang, pandai lak ko bagi tazkirah". Benda ni memang takde kaitan ngan aku jadi ustazah. Ustazah tu title yang diguna kalau ngaja kat skola agama je. Sape2 pon boleh buat entry camni. Kadang2 kat sejadah pon ada tanda salib.

No comments:

Post a Comment